THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Thursday 14 June 2012

TALIBUN



    TALIBUN Definisi : Talibun ialah puisi berangkap tentang perincian sesuatu objek atau peristiwa, dan umumnya terdapat dalam genre lipur lara. Sejenis puisi Melayu berbentuk bebas (ikatan puisi bebas) Digunakan sebagai sisipan / selingan dalam cerita lipur lara Ciri-ciri :
  1. Struktur talibun berbentuk bebas iaitu dalam serangkap talibun tidak mempunyai jumlah baris, jumlah perkataan dan jumlah suku kata yang seimbang. Talibun juga tidak mempunyai sistem rima tertentu.
  1. Dalam sesuatu untai talibun, mungkin terdapat sisipan daripada genre puisi yang lain seperti pantun, syair dan sebagainya, tetapi ternyata sisipan ini dianggap sebahagian daripada rangkap talibun.

  1. Isi atau tema sesebuah talibun berhubungan dengan pemerian yang dilukiskan di dalam sesebuah konteks. Misalnya untuk memerikan atau melukiskan keindahan sesebuah kota, kecantikan seseorang puteri atau kesaktian sejenis senjata dan unsur-unsur di dalam sesebuah cerita.
  1. Penggunaan bahasa perulangan menjadi lumrah dalam pembentukannya.Teknik perulangan ini bukan sahaja wujud dalam penggunaan gaya bahasa tetapi juga pengulangan seluruh puisi tersebut.

    Agenda Minggu padat semua  Pelana kuda berjarum tulang  Kuda pedati ada di Bangka  Adinda menunggu sangat merana  Karena Kanda belum pulang  Kanda kembali dinda bahagia
    Di kala katak tersepak pelita
     Menarilah kuda di batu akik 
    Dikejar teledu terkena pahat 
    Jika hendak anak sempurna
     Carilah di guru cerdik 
    Mengajar ilmu dunia akhirat
     Pulau Todak lingkup merata
     Sandarlah jati beri peniti 
    Karamkan benua alunan lubuk
     Kalau hendak hidup sempurna
     Hindarilah diri dari judi 
    Haramkan semua minuman mabuk
     Kepada istri cinta utama 
    Merasa jenuh berlalu gampang 
    Kerja lembur berhari - hari 
    Tiada hari tanpa merana 
    Adinda jauh selalu terbayang
     Jika tidur termimpi - mimp
    i
     Agenda Minggu padat semua 
    Pelana kuda berjarum tulang 
    Kuda pedati ada di Bangka 
    Adinda menunggu sangat merana 
    Karena Kanda belum pulang 
    Kanda kembali dinda bahagia
    CIRI/CIRI 
    • Rima Akhir Sempurna
    •  
    • Rima akhir sempurna adalah persamaan bunyi pada suku kata terakhir..
    Contoh:
    jalan ~ pelan
    panggang ~ tegang
    • Rima Akhir Tak Sempurna
    •  
    • Rima akhir tak sempurna adalah persamaan bunyi pada bagian suku kata terakhir..
    Contoh:
    makan ~ telan
    pergi ~ kaki
    • Rima Akhir Ganda
    •  
    • Rima akhir ganda adalah persamaan bunyi pada dua suku kata terakhir..
    Contoh:
    kerabat ~ menjabat
    pangkalan ~ sejalan
    • Rima Akhir Ganda Tak Sempurna
    •  
    • Rima ganda tak sempurna adalah persamaan bunyi pada sebagian dua suku kata terakhir..
    Contoh:
    gelas ~ teras
    piring ~ giling
    • Rima Awal
    •  
    • Rima awal adalah persamaan bunyi pada suku kata awal..
    Contoh:
    kerja ~ kerbau
    panggul ~ panggang
    FUNGSI
     sebagai sisipan di dalam sesebuah cerita lipur lara. Fungsi talibun di dalam sesebuah cerita adalah sebagai pemerian kepada cerita berkenaan dan memperjelaskan perlukisan tersebut

0 comments: