THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Saturday 9 June 2012

SELOKA






 CONTOH SELOKA


Seloka Ingat Beringat



Seloka Ingat Beringat
Kalau hidup hendak diberkat
Kalau hidup nak bersyafaat
Mesti hati disiapkan sihat
Agar jadi insan yang hebat
Di sisi Allah kita dekat
Namun kini sedih melihat
Kerana kini melata maksiat
Lelaki wanita terlupa aurat
Ditunjuk lutut dan juga pusat
Lantaran seluar dah jadi singkat
Baju dipakai menjadi sendat
Tudung disarung buat syarat
Yang melihat nafas tersekat
Ada juga yang mata bulat
Duduk sebelah jaraknya rapat
Tangan bertemu digenggam erat
Konon biar rindu terubat
Konon hati duka nak rawat
Nak tersenyum pun rasa ketat
Nak bertegur pun rasa meluat
Nak berkawan, kawanlah secara sihat
Seloka dicipta sekadar nasihat
Bukan mengata bukan menyakat
Apatah lagi kita nak umpat
Kita cuma ajak bertaubat
Selagi masa masih sempat
Selagi tika belum terlewat
Selagi nyawa masih lekat
Selagi diri dikandung hayat
Ini pesan buat sahabat
Ini pesan orang beringat
Hidup ini sangatlah singkat
Masa terasa dah sangat cepat
Kerana hari dah nak kiamat
Jangan membazir waktu dan saat
Berdakwahlah cara orang berkudrat
Agar diri boleh memanfaat
Kepada umat Islam sejagat


PERANAN/FUNGSI


memberitahu kita bahawa,sebagai umat islam
kita hendaklah beringat-ingat selalu
agar kita tidak melanggar larangan'NYA



 CIRI-CIRI/BENTUK


a. Merupakan puis bebas atau tidak terikat
b. Rangkap :  Bilangan baris dalam serangkap tidak tetap
c. Perkataan : jumlah perkataan dalam sebaris juga tidak tetap.
d. Sukukata :  jumlah sukukata dalam sebaris juga tidak tetap. 





HASIL CIPTAAN


Huruf A, B, dan C
Jambu atas batu
Kenapa tidak kasi
Sombong macam hantu

Undang-undang papan
Surat dalam buluh
Tunang ada lapan
Gundik tujuh puluh

Jalan-jalan sepanjang jalan
Singgah-menyinggah di pagar orang
Pura-pura mencari ayam
Ekor mata di anak orang

Orang perempuan hendak bersegak
Lalu diasah kulit awak
Jerawat penuh muka berkerak
Lihat cantik dilumur bedak

Gigi bertatah dengan gewang
Kelip kilau nampak berjahang
Rumah buruk lantai jarang
Kalau terperlus malu kat orang

Asah gigi delima merkah
Kilat cahaya bagai ditatah
Kepala dogol kena belah
Kain direndak kenapa tak basah?

Terketak bagai udang ditangguk
Terlompat-lompat tertepuk-tepuk
Tiada sedar kaki cabuk
Dihurung bebari habis merobok

Cantik manis putih kuning
Bagai tanduk bersending gading
Salah pandang akal dirunding
Perangai pula laksana anjing

Tergesa-gesa balik ke kampung
Pelanduk seekor tidak terkepung
Encik bukan kera dan lontong
Ranting yang buruk hendak bergantung

Ada seekor burung belatuk
Cari makan di kayu buruk
Tuan umpama ayam pungguk
Segan mencakar rajin mematuk

0 comments: