THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Monday 18 June 2012

PUISI MODEN

MENURUT Za’aba, puisi adalah karangan berangkap. Katanya, puisi tidak memakai perenggan seperti prosa. Rangkap puisi lama (puisi konvensional) terdiri daripada baris tetap dan seimbang. Manakala puisi moden (sajak) ternyata sudah melanggar ciri konvensional seperti mana yang terdapat pada pantun ataupun syair.

Sajak zaman awal masih mengekalkan sebahagian besar ciri puisi yang konvensional itu tetapi lama kelamaan sajak menjadi semakin bebas sehingga akhirnya lahir apa yang dinamakan sajak eksperimen (merujuk kepada sajak-sajak 3V (yang dipelopori oleh A. Ghafar Ibrahim), sajak suku kata, dan sajak konkrit). Walaupun sajak eksperimen sukar mendapat tempat di media massa, kemunculannya tetap mewarnai peta puisi tanah air.
Melankolik:sedih/sayu/hiba/murung/dukacita/kesal/kecewa/hampa dll.
Romantis:cinta/kasih/sayang/mesra/tenang/gembira/bangga/
kepuasan/damai
Patriotisma: semangat cintakan tanah air/negara/bangsa/menentang penjajah/pengganas/pengkhianat bangsa
Sinisma: menyindir/mengena/mengejek/memperli
Protes: penentangan/penolakan/pemberontakan/tidak bersetuju 


CONTOH SAJAK MODEN
Merpati Putih,Jelajahilah  Dunia
terbanglah ia menjelajahi dunia
putih sayapnya melambai cinta damai
bersih bulunya mengibar panji hidup bersama
hembuskanlah udara baru yang kau hirup dari malam
bunga-bunga mekar menguntum
bibir-bibir segar tersenyum
hiruplah udara baru yang segar berkembang
isilah dunia ini dengan keyakinan perdamaian
hembuskan nafas pada malam yang lena
jadilah debu yang terbang mengakhiri hayat
duniamu tenggelam bersama patung-patung usang
di cermin hidup ini wajahmu telah menghilang


HASIL CIPTAAN


Seindah bunga berkembang,
Indah lagi bunga dihati.
Mengharumkan lagi niat dihati,
Kerana bunga dihati penyeri hidupku,


GAYA BAHASA


Metafora
contoh 'indah lagi bunga dihati'

NILAI-NILAI KEMASYARAKATAN
 masyarakat yang penyayang menjadikan 
negara yang mahukan keamanan dan  
kesejahteraan hidup.

0 comments: