THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Thursday, 7 June 2012

PANTUN



Kedudukan Pantun dalam Puisi Melayu Tradisi
a. Milik melayu asli.  Berbanding dengan syair, seloka dan gurindam, pantun adalah puis yang lahir daripada maysarakat melayu tradisi yang amat tinggi nilainya.
b. Puisi Melayu yang tertua., iaitu yang pertama sekali lahir dalam masyarakat Melayu.
c. Mempunyai kepelbagaian bentuk. Ada yang 2 kerat, 4 kerat, lapan kerat, berkait dan seterusnya.
d. Popular dalam semua lapisan masyarakat. Pantun terkenal di kalangan orang tua, orang muda dan  kanak-kanak.
e. Mampu membawa tema yang pelbagai seperti kasih sayang, nasihat, agama, adat, budi,cinta, cinta, dan sebagainya
f. Mampu membawa makna yang tersirat secara halus dan berkesan. Ini sesuai dgn jiwa masyarakat melayu yang suka mendidik secara halus.
g. Mudah dicipta secara spontan
h. Mencerminkan pancaran nilai budaya Melayu


  




Ciri-ciri kelebihan pantun
a. Wujud pembayang dan maksud dalam setiap rangkap.  Ciri ini tidak terdapat dalam puisi yang lain.
b. Boleh berdiri sendiri kerana setiap rangkap pantun sudah membawa makna yang lengkap berbanding dengan syair yang memerlukan perkaitan dengan rangkap2 berikutnya.
c. Rima tengah atau jedanya ditekan di dalam pantun, tetapi tidak demikian dalam puisi lain.
d. Ada unsur persamaan dengan puisi lain terutama syair seperti dari segi rima akhirnya, jumlah perkataan dan sukukata.

Kepentingan pantun
a. pantun dapat disulami dalam puisi melayuu yang lain bagi mempelbagaikan ungakapan. Contohnya dalam nyanyian rakyat. Gurindam. Bahasa berirama dll.
b. Membantu mempertingkatkan daya estetika (keindahan) puisi-puisi lain.
c. Menjadi pemanis kata dan pengindah bicara dalam ungkapan-ungkapan bahasa yang puitis.
d. Melambangkan budaya tinggi dalam ciptaan sastera.


CONTOH PANTUN


BERGURU KEPALANG AJAR
(Jamiah B.t Husin)

Berburu kepalang datar,
Dapat rusa berbelang kaki,
Berguru kepalang ajar,
Bagai bunga kembang tak jadi.

Dapat rusa berbelang kaki,
Pelanduk lalu balam terbang,
Bagai bunga kembang tak jadi,
Merunduk layu sebelum kembang.

Pelanduk lalu balam terbang,
Dahan sekah melindungi bulan,
Merunduk layu sebelum kembang,
Terpatah langkah di tengah jalan..

Pungguk menunggu rindu kesepian, 
Gundah pilu dalam mengharap,
Titisan ilmu tidak kesampaian,
Falsafah pendidikan tidak terterap.

Gundahg pilu dalam mengharap,
Bayan budiman bakal pengganti ,
Falsafah pendidikan tidak terterap,
Kejayaan kokurikulum tersoal pasti.

Bayan budiman bakal pengganti, 
Singgah berteduh di pohon pala,
Kejayaan kokurikulum tersoal pasti,
Tuduh menuduh meletus pula.

Tinggah berteduh di pohon pala,
Bunga menghias rambut trsanggul,
Tuduh-menuduh meletus pula,
Bela membela turut menyusul.

Bunga menghias rambut tersanggul,
Gubahannya indah diperbagaikan
Bela-membela turut menyusul,
Natijahnya amat dipertikaikan.

Gubahannya indah diperbagaikan,
Buat penyeri paling berharga,
Natijahnya amat dipertikaikan,
Baiklah bersama gembleng tenaga.

Buat penyeri paling berharga,
Geharu dupa sama kemenyan,
Baiklah bersama gembleng tenaga,
Guru,ibu bapa juga kemeterian.

Gaharu dupa sama kemenyan,
Buat mengusap kain kelinkan,
Guru, ibu bapa juga kementerian, 
Dimana silap kita betulkan.

Buat mengusap kain kelinkan,
Mari letekkan di dulang gangsa,
Mana silap kita betulkan,
Demi kebaikan nusa dan bangsa.

Di tepi balai pohon angsana,
Akar buluh dibuat belat,
Demi tercapai wawasan perdana,
2020 tahun keramat.

Akar buluh dibuat belat,
Ikan tilapia menuju paya,
2020 tahun keramat,
Menyaksikan malaysia di mercu jaya.

Anak siantan belum berbunga,
Diselangi peria,temu setanggi,
Anak watannya insan berguna ,
Berakhlak mulia berilmu tinggi.

Diselangi peria,temu setanggi,
Pohon cemara bertangkup halban,
Berakhlak mulia berilmu tinggi,
Cita negara sanggup berkorban.

Pohon cemara bertangkup halban,
Redup setaman di bawah bayang,
Cinta negara sanggup berkorban,
Hidup harmoni masyarakat penyayang.

Redup setaman di bawah bayang,
 Mempelas berduri sembunyi rahsia,
Hidup harmoni masyarakat penyayang, 
Berasaskan keluarga bahagia.

Mempelas berduri sembunyi rahsia,
Belatuk menari helang terbang,
Berasaskan  keluarga bahagia,
Terbentuk pula insan seimbang.

Belatuk menari helang terbang ,
Berpuput bayu berhembus pawana,
Terbentuk pula insan seimbang,
Terpupuk hasil didikan sempurna.

Berpuput bayu meghembus pawana,
Abu dupa abu cendana,
Terpupuk hasil didikan sempurna,
Ibu bapa,guru pentingnya sama.

Abu dupa abu cendana,
Piring kaca berisi kiambang,
Ibu bapa ,guru pentingnya sama,
Seiring kita menongkah  gelombang.

Piring kaca berisi kiambang,
Dedap berbunga lapis di dulang,
Seiring kita menongkah gelombang,
Sederap kita menangkis petualang.

Dedap berbunga lapis di dulang,
Berwarna emas sepuhan suasa,
Sederap kita menangkis pertualang,
Melindungi tunas harapan bangsa.

Berwarna emas sepuhan suasa,
Menyerlah pukal satu negara,
Melindungi tunas harapan bangsa,
Merakalah bakal teraju negara.

PERANAN /FUNGSI


  • Memberi nasihat sosialisasi dan pendidikan

  • Sindiran atau tempelak

  • Melepaskan rindu dan kasih sayang

  • Menyatakan penghargaan/terima kasih

  • Berteka-teki atau mencabar ketangkasan fikiran

  • Hiburan atau jenaka




  • CIRI/BENTUK 


    * jenis pantun terikat
    * Mengandungi 25 rangkap pantun.
    *  setiap rangkap mempunyai 4 baris
    * setiap baris mengandungi 4 patah perkataan 
    * rima akhir a,b,a,b 



     JENIS PANTUN


    Pantun  Ilmu Empat kerat 




    HASIL CIPTAAN SAYA       


    Kuda bukan sebarang kuda,
    Kuda ditempah jauh sekali,
    Ini pantun hanya suka-suka ,
    Untuk menyiapkan tugasan yang diberi.  


    Pergi memancing joran dipakai,
    Dapat sekati si ikan selat,
    Ingat awek sampai bermimpi,
    Ingat cikgu naik meluat.


    Ingin mencuba si ikan layaran,
    Kalau kail sejengkal si ikan tergelak,
    Bila ckgu beri penerangan semua tekun,
    Bila bersembang punyalah rancak.


    Kalau ada jarum yang patah, 
    Janganlah disimpan lagi,
    Kalau ada niat nak marah ,
    Simpan jela dalam hati.



    0 comments: