THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Thursday 7 June 2012

SYAIR


CONTOH SYAIR


SYAIR ANAK YANG GIGIH
(Mohd Said bin Yahya)


Tersebut kisah satu cerita,
Seorang anak yang telah berjaya,
Hidupnya semang lagi bahagia,
Kerana kecilnya gigih berusaha.


Ketika kecil hidupnya susah,
Hendak makan amatlah payah,
Tetapi tekadnya tiadalah gundah,
Walaupun susah mesti kesekolah.


Datang sekolah tiadalah jemu,
Walaupun kurang pensil dan buku,
Hasratnya gigih menuntut ilmu,
Kelak membantu ayah dan ibu.


Disematnya azam dalam hati,
Kepada keluarga mahu berbakti,
Adik-beradik pun ramai lagi,
"Aku" mesti hidup berdikari.


Siang dan malam membaca buku,
Menulis mengira satu persatu,
Membuang masa tiadalah mahu,
Agar dadanya dipenuhi ilmu.


Pagi sekolah petang bekerja,
Kelaut kesawah atau kepaya,
Rezeki yang halal tidak dikira,
Untuk mencari wang belanja.


Ayah dan ibu sedih melihat,
Anak yang gigih kerjanya kuat,
Sudah suratan apa nak buat,
Mudah-mudahan usahanya berkat.


Adik-beradik enam saudara,
Sawah keluarga sekangkang kera,
Disitulah ayah ibu bekerja,
Ada kalanya ke tengah samudera.


Dua adiknya bersekolah juga,
Di darjah enam dan darjah tiga,
Tahun hadapan menengeh pula,
Mana nak cari tambahan belanja.


Akhirnya diri ambil keputusan,
Pelayaran adik mesti diteruskan,
Biarlah dia seorang berkorban,
Berhenti sekolah tahun hadapan.


Setelah berhenti dia bekerja,
Menuai membanting atau menjala,
Membaca menulis tidak dilupa,
Setiap detik tidak disia,


Orang kampungnya ramai memuji,
Kerana rajinnya lagi bestari,
Eloklah kamu belajar lagi,
Jikalau tidak kamu yang rugi.


Anak yang gigih mndengar kata,
Lalu memohon sekolah swasta,
Petang belajar pagi bekerja,
Waktu malam berzanji pula.


Penat berusaha bertungkus lumus,
Setiap ujian semuanya lulus,
Bekerja atau belajar terus,
Mohon hidayah tuhan yang kudus.


Akhir fikiran memutus kata,
Untuk belajar juga bekerja,
Kerja dipohan apa sahaja,
Biarpun tugas menjadi penjaja.


Kerja dipohon sudahlah pasti,
Kerja mendidik sedang menanti,
Sungguh gembira rasa dihati,
Memanjat syukur pada ilahi.


Ibu dan ayah turut gembira,
Tidak sia-sia penat berusaha,
Berkat gigih dan rajin bekerja,
Kini anaknya sudah berjaya.


Anak yang gigih belumlah puas,
Ingin meningkat tidak terbatas,
Pergi universiti tingkat teratas,
Menjadi insan bebas dan waras.


Kita merancang tuhan tentukan,
Pada yang gigih tuhan kabulkan,
Di kota raya tempat tugasan,
Berbakti untuk agama dan watan.


Demikian coretan sebuah kisah,
Menjadi senang sesudah susah,
Janganlah kita mudah menyerah,
Gigih berusaha membawa tuah..


CIRI-CIRI/BENTUK

    1. Setiap rangkap syair terdiri daripada empat baris serangkap. Ini bermakna     
    2. tiap-tiap satu rangkap syair mengandungi jumlah baris yang tetap.
    1. Setiap baris mengandungi 4 hingga 5 patah perkataan sebaris
    2. Suku kata syair sebaris ialah di antara lapan hingga sepuluh jumlah suku kata.
    3. Syair mempunyai skema rima akhir baris a-a-a-a
    4. Dalam satu baris syair, terdapat suatu hentian (pause).
    5. Tiap satu rangkap syair memerlukan beberapa rangkap syair yang berurutan untuk memberi idea yang lengkap.Dengan lain perkataan, syair adalah satu pernyataan yang berlarutan bagi mengemukakan cerita, kisah, buah fikiran, nasihat dan puji-pujian. Sebab itulah syair ada awalan dan akhirannya.

PERANAN/FUNGSI

    1. Sebagai hiburan – sesuai dengan sifatnya yang demikian maka syair sering dilagukan dalam majlis-majlis tertentu seperti dalam pesta dan keramaian, dipertandingkan atau dalam upacara-upacara adat.
    2. Alat menyampaikan pengajaran melalui cerita dan lagu terutama dalam hal-hal yang menyentuh aspek pengajaran agama Islam dari rukun iman, rukun sembahyang, zakat, puasa dan sebagainya. Kemerduan suara “tukang lagu” dan kelembutan nada syair berupaya mengusik perasaan dan seterusnya meninggalkan kesan yang mendalam.
    3. Berfungsi dalam kegiatan kesenian dan kebudayaan masyarakat


CIRI/BENTUK





HASIL CIPTAAN


SYAIR MAT REMP-IT


Tersebutlah kisah satu cerita,
Seorang pesakit yang ada,
Menjadi ahli di hospital Melaka ,
Akibat menunggang motosikal lesen tiada.


Pada mulanya hanya mencuba ,
Kali kedua dicuba pula kelajuan,
Kali ketiga tayar diangkatnya,
Akhir sekali hospital tempatnya.


Ingatlah kawan inagatlah teman,
Jadi mat rempit sesekali jangan,
Berubah selagi ada kesempatan ,
Mesti cepat lambat jangan.


Sesudah itu bertaubatlah anda,
Jangan hanya berfoya-foya,
Supaya anda tidak terleka,
Sebelum ajal datang menerpa...

0 comments: